Biji-Biji — Solusi Kopi & Minuman untuk Bisnes dan Pencinta Kopi
Biji-Biji ialah pembekal solusi kopi dan minuman yang berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia, melayani pelanggan di seluruh Malaysia dengan mesin kopi, grinder, biji kopi, peralatan kafe, sirap, serbuk minuman, matcha, teh dan bahan minuman.
Sebelum ini dikenali sebagai Hillkoff Solutions, kami membantu memudahkan proses untuk memulakan, menambah baik dan mengembangkan bisnes kopi atau minuman dengan menghimpunkan peralatan, bahan dan sokongan praktikal di satu tempat.
Sama ada anda baru nak buka kafe, nak tambah menu minuman dalam bisnes F&B sedia ada, nak upgrade setup kopi atau sedang mencari bekalan kopi dan bahan minuman yang berkualiti, pasukan kami boleh membantu mencadangkan solusi berdasarkan konsep, menu, workflow, bajet dan keperluan bisnes anda.
Selain membekalkan produk, Biji-Biji juga menyediakan konsultasi menu, demo penggunaan mesin kopi, servis pemasangan onsite berbayar dan sokongan teknikal selepas jualan.
Kami percaya solusi yang tepat bukan sekadar membeli mesin paling besar atau peralatan paling mahal. Yang lebih penting ialah mencari kombinasi peralatan, bahan, menu dan workflow yang sesuai dengan cara bisnes anda beroperasi.
Daripada setup kafe pertama hingga ke bekalan berterusan seperti biji kopi dan bahan minuman, Biji-Biji mahu menjadi rakan jangka panjang yang membantu bisnes anda terus berkembang.
Mesin kopi. Biji kopi. Bahan minuman. Solusi kafe. Semua di satu tempat.